fbpx
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup memaparkan keadaan gempa bumi lemah yang berlaku pagi tadi..

Gempa bumi lemah di Bukit Kepong terkawal, tiada kemalangan jiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor mengesahkan keadaan terkawal susulan kejadian gegaran gempa bumi lemah yang dikesan berlaku di Bukit Kepong, Pagoh Muar pada pukul 8.55 pagi tadi.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, gempa bumi berkenaan bermagnitud 3.4 dengan kedalaman 10 kilometer, namun setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda diterima.

Menurut beliau, kejadian itu juga tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami kepada negeri Johor.

“Kerajaan Negeri Johor sentiasa mengambil serius soal keselamatan rakyat.

“Pemantauan rapi sedang dijalankan bersama agensi berkaitan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa agar rakyat mendapat maklumat yang sahih dan tepat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya kekal bertenang, mengelakkan berada berhampiran struktur yang tidak kukuh, serta sentiasa peka dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut mengajak rakyat Johor agar berdoa supaya negeri ini sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta dijauhkan daripada sebarang musibah dan bencana.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN