fbpx
DUA bangunan yang menjadi sasaran tembakan tentera Thailand. - Foto Tentera Pertama Thailand

Tentera Thai bedil 2 bangunan ‘scammer’ di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Tentera Thailand menembak dua bangunan milik sindiket ‘scammer’ atau penipuan di bandar Poipet, Kemboja,  lapor akhbar  Bangkok Post hari ini.

Serangan di wilayah yang terletak bertentangan dengan bandar Sa Kaeo di Thailand itu berlaku  semalam.

Sasaran diserang selepas bangunan tersebut dilaporkan diduduki sebilangan penembak tepat Kemboja yang melepaskan tembakan ke arah anggota tentera Thailand.

Bandar Poipet terletak di sempadan dan kerap kali menjadi sasaran serangan tentera Thailand.

Tentera Thailand melaporkan, dua struktur baharu itu dibedil pada pukul 1.48 tengah hari (waktu tempatan). Sistem anti dron turut dipasang di lokasi berkenaan.

Tentera Thailand memaklumkan kedua-dua bangunan mengalami kerosakan, manakala anggota tentera Kemboja tidak membalas tembakan ketika sebilangan ‘scammer’ bergegas melarikan diri .

Saksi melaporkan bahawa sebilangan rakyat Thailand dan Kemboja sering dilihat menggunakan komputer di dalam bangunan-bangunan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN