fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir di Selangor, Sarawak malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di empat negeri, petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Selangor melibatkan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Sementara itu, cuaca buruk di Sabah dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” kata MetMalaysia.

Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI