fbpx
Poster yang dimuat naik oleh PHM

Pempengaruh jangan jual harapan palsu – PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dalam memilih produk untuk dipromosikan agar tidak mngelirukan orang ramai terutama produk kesihatan yang belum terbukti secara klinikal.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Public Health Malaysia (PHM) menegaskan, bergelar usahawan atau pempengaruh merupakam sesuatu yang baik, namun ia harus disertai dengan integriti dan sikap jujur terhadap pengguna.

“Tolonglah pilih untuk jual produk yang selamat, jangan jadikan ‘produk kesihatan’ sebagai jalan mudah, lagi-lagi bila mula guna ayat boleh rawat macam-macam penyakit. Itu bukan ‘marketing’ (pemasaran), itu memperdaya.

“Kalau nak bantu orang, jangan jual harapan palsu. Jaga rezeki, jaga nama, jaga kesihatan dan kepercayaan orang,” katanya.

Menurut PHM, produk seperti makanan berdaftar, pakaian, aksesori atau barangan harian lebih selamat untuk pengguna berbanding produk kesihatan yang menggunakan dakwaan melampau dalam pemasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI