fbpx
SEBUAH jambatan musnah akibat diserang Thailand di Pursat, Kemboja semalam. - Foto AFP

Tiada gencatan senjata seperti disaran Anwar – PM Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menekankan tidak ada gencatan senjata dengan Kemboja bermula pukul 10 malam semalam seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kapasitinya sebagai Pengerusi ASEAN, lapor portal berita Thai PBS World.

Beliau berkata, sekiranya gencatan senjata ingin dilaksanakan, ia mesti dicadangkan secara langsung kepada Thailand oleh Kemboja dan bukan melalui pemimpin negara lain.

Anutin turut menyatakan bahawa tidak ada sebarang perbincangan dengan Kemboja mengenai gencatan senjata semalam sambil meminta pihak media supaya hanya mendengar maklumat yang dikeluarkan dua kali sehari oleh tentera Thailand.

“Ini tidak mungkin. Tiada siapa boleh memberitahu kami bahawa mesti ada gencatan senjata pada pukul 10 malam ini (semalam),” katanya.

Anutin menyatakan bahawa Thailand sedang dikenakan tindakan agresif oleh Kemboja dan kedaulatan negaranya sedang terancam.

Beliau berkata, pasukan Kemboja telah memulakan tembakan ke atas sasaran awam pagi semalam.

Perdana Menteri itu turut menambah bahawa jika Kemboja benar-benar ikhlas mahukan gencatan senjata, ia mesti menarik balik semua senjata beratnya dari kawasan sempadan.

Mengenai rakyat Thailand di bandar sempadan Kemboja, Poipet, yang dihalang daripada kembali ke Thailand oleh pegawai-pegawai Kemboja, Anutin berkata, beliau berharap Phnom Penh tidak menjadikan mereka sebagai tebusan.

Ini kerana mereka tidak ada kaitan dengan konflik bersenjata yang sedang berlaku, katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN