fbpx
Prestasi Salah (kiri) dikritik kerana tidak konsisten pada musim ini.

Pintu MLS terbuka buat Mohamed Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Penyerang kontroversi Liverpool, Mohamed Salah digesa mengikut jejak Lionel Messi dengan berkelana ke Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS) selepas beberapa kelab didakwa sedia mendapatkan khidmatnya bulan depan.

Difahamkan, karier Salah bersama The Reds kini ‘di hujung tanduk’ selepas mengkritik pengurus pasukannya, Arne Slot secara terbuka pada minggu lalu susulan kekecewaan apabila disisihkan daripada kesebelasan utama.

Lebih malang, Salah dikenakan tindakan disiplin apabila digugurkan daripada skuad pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bertemu Inter Milan dan kemungkinan situasi sama berlaku ketika menentang Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.

Komisioner MLS, Don Garber menyifatkan isu yang dicipta Salah adalah peluang terbaik buat mana-mana kelab Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan khidmatnya sekali gus membawa seorang lagi nama besar ke negara itu.

“Jika Salah memutuskan untuk datang ke MLS, kita akan sambut dia dengan tangan terbuka.

“Saya cadangkan dia cuba hubungi Messi dan Thomas Muller. Mereka berdua sangat gembira dan mencipta pelbagai kejayaan di MLS.

“Cuma, saya rasa kita masih perlu hormati Liverpool kerana buat masa ini Salah masih ada kontrak dengan mereka,” katanya.

Salah telah menandatangani kontrak lumayan dengan gaji sebanyak £400,000 seminggu (RM2.2 juta) pada April lepas dan masih berbaki hingga pertengahan musim 2027. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN