fbpx
Gambar hiasan

Istilah ‘orang kurang upaya’ rasmi, termaktub akta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih menggunakan istilah orang kurang upaya (OKU) kerana ia merupakan istilah rasmi yang termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, penggunaan istilah orang kurang upaya bersamaan dengan ‘Persons with Disabilities’ selari dengan terma dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Kurang Upaya (UNCRPD), yang Malaysia telah ratifikasi.

“Menurut seksyen 2, Akta Orang Kurang Upaya 2018 tafsiran orang kurang upaya termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

“Terma orang kurang upaya juga digunakan dalam penggubalan dasar, urusan pentadbiran, perlindungan hak, penyediaan perkhidmatan serta penyelarasan laporan Malaysia kepada badan-badan antarabangsa,” katanya semasa ucapan penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) Tahun 2026 di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung cadangan penggunaan istilah orang kurang upaya kepada orang kelainan upaya seperti dibangkitkan oleh Senator Profesor Emiritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN