KOTA KINABALU – Datuk Jafry Ariffin dilantik sebagai Ketua UMNO Sabah yang baharu menggantikan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia Jumaat lalu.
Pelantikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, pelantikan itu dipersetujui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO, berkaitan barisan kepimpinan baharu Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Selain Jafry, turut diumumkan ialah Timbalan Ketua UMNO Sabah yang baharu, Datuk Mohd Hasnol Ayub dan Setiausaha UMNO Sabah yang baharu, Samasuddin Yusop.
“Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja UMNO di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan.
“UMNO menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti untuk memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan UMNO dapat terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendokong kerajaan Negeri Sabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Jafry Ariffin Ketua UMNO Sabah yang baharu
- Oleh IVAN AMIRUL
- 10 Disember 2025, 1:08 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

PRN Johor: ‘Kemenangan milik BN, sasaran 40 kerusi akan tercapai’
1 Julai 2026, 2:30 pm

PRN Johor: Hilang kepercayaan parti lama, 200 ahli sertai UMNO
1 Julai 2026, 9:06 am

PRN Johor: UMNO tak pernah merajuk tuntut DUN Tenggaroh
29 Jun 2026, 3:32 pm

Pemuda Simpang Renggam kesal tindakan bekas ADUN Layang-Layang
26 Jun 2026, 8:58 am

Abd Mutalip keluar UMNO sertai Bersatu
25 Jun 2026, 9:01 pm

PRN Johor: Pemimpin, penyokong UMNO tunggu senarai calon
24 Jun 2026, 2:57 pm

Mohd Zaid cari tempat berteduh baharu dalam Pas – Mohamed Khaled
14 Jun 2026, 3:24 pm

Hormati Perlembagaan, institusi negara dan nilai kebersamaan
11 Jun 2026, 4:22 pm






