fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran di TikTok @Aufaaaar_ berkaitan kepergian tragis yang menimpa bapanya dalam tragedi kereta utiliti sukan yang terjunam ke dalam gaung pada Jumaat lalu.

‘Kehilangan abah sangat sakit, tiada penggantinya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Anak kepada mangsa tragis seorang guru yang terjunam ke dalam gaung menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV), Toyota Fortuner pada Jumaat lalu di Hulu Terengganu, berkongsi pengalaman paling menyedihkan dalam hidup dengan pemergian bapanya.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @Aufaaaar_, kehilangan seorang bapa memberi kesan mendalam bukan sahaja kepadanya, malah seluruh keluarga.

“Seorang insan bergelar abah pada keluarga kami, abah seorang insan yang penuh tanggungjawab dan seorang bapa kepada kami lima beradik.

“Adik takkan lupakan saat ini abah. Adik kehilangan seorang ayah yang baik dan amanah kepada keluarga mahupun masyarakat, mungkin Allah lebih sayangkan abah.

“Adik tahu semua yang berlaku ada hikmah tapi kehilangan abah sangat sakit bagi adik dan keluarga, takkan ada pengganti bagimu, Hassan bin Shazali,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan operasi menaikkan kenderaan yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer (KM) 52, Jalan Kuala Jeneris – Sungai Gawi – Aring berhampiran Bukit Kawah di Hulu Terengganu yang mengambil masa hampir lima jam.

Menjengah ke ruang komen, ramai turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga tersebut dengan hantaran daripada anak mangsa tragedi berkenaan.

“Salam takziah adik. Orang menilai daripada apa yang mereka tahu sahaja. Mak ayah yang membesarkan kita, hanya kita yang tahu baik buruk mereka,” komen @Dessertpasirmaskb.

“Baik bapa awak, ramai yang mengenang jasanya sebagai seorang guru. Apa yang terjadi pasti ada hikmah nya. Semoga yang baik2 untuk awak sekeluarga,” komen @Labelkompany.

“Apa pun pandangan orang terhadap arwah ayahmu, arwah tetap meninggal hari jumaat. Hari yg penuh kemuliaan. Akak yakin banyak jasa arwah terhadap keluarga adik,” komen @Qa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN