fbpx
ANGGOTA bomba menarik MPV Grand Livina yang terjunam ke dalam Sungai Tanjung Agas, Tangkak hari ini.-Foto IHSAN BOMBA

Gadis maut Grand Livina terbabas masuk sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Seorang wanita menemui ajal apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Grand Livina yang dipandunya hilang kawalan lalu terjunam ke dalam Sungai Tanjung Agas, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.48 petang itu, gadis berusia 20-an ditemui meninggal dunia selepas terperangkap di dalam kenderaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan I Jahairi Shukor berkata, seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina yang terbabas dalam sungai. Terdapat seorang wanita berusia 20-an terperangkap dalam kenderaan.

“Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Jahairi, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat tamat pukul 4.40 petang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN