fbpx
Gambar hiasan.

Dakwaan kontraktor ‘cap ayam’, siasat dahulu – Alexander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan dakwaan mengenai pemilihan kontraktor ‘cap ayam’ dalam kerja-kerja penyelenggaraan jalan perlu disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Beliau berkata, mana-mana pihak bebas membuat dakwaan, namun kementerian perlu meneliti punca sebenar isu yang dibangkitkan.

“Ya, sesiapa pun boleh mendakwa apa sahaja, tetapi kita perlu siasat dahulu apa sebenarnya berlaku dan apa punca masalahnya.

“Kita memilih kontraktor mengikut peraturan. Namun, kita akui kadang-kadang memang ada kontraktor yang tidak berprestasi seperti diharapkan,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya di sini, hari ini.

Alexander berkata demikian ketika mengulas laporan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kerosakan turapan di kawasan Aman Putri, Sungai Buloh.

Terdahulu media melaporkan, sekitar 30 penduduk kawasan itu berkumpul menyuarakan bantahan terhadap keadaan jalan yang menjadi laluan utama menghubungkan Paya Jaras ke Bukit Darah, yang didakwa rosak teruk sejak 2023.

Penduduk turut menuntut tindakan segera pihak berkuasa bagi memastikan kontraktor bertanggungjawab dan kerja-kerja jalan dipantau dengan lebih teliti supaya selamat digunakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI