fbpx
SHEREEN

Tempat Shereen tiada pengganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD olahraga negara sah kehilangan satu pingat emas sebelum Sukan SEA Thailand 2025 membuka tirai secara rasmi apabila juara bertahan 400 meter (m) wanita, Shereen Samson Vallabouy terpaksa menarik diri akibat kecederaan hamstring yang kembali menghantuinya.

Ketua jurulatih, Manshahar Abdul Jalil mengakui situasi itu memberi tamparan hebat buat kem olahraga kebangsaan menjelang temasya tersebut terutama mengatur strategi baharu.

“Tanpa Shereen memang sikit goyahlah. Tapi kita akan cuba sebaik mungkin. Atlet-atlet muda pun dapat pendedahan. Insya-Allah kita akan susun semula kuartet negara terutama acara 4x100m, 4x400m campuran serta 4x400m wanita,” katanya.

Menurut Manshahar, barisan kejurulatihan perlu segera menyusun strategi baharu, khususnya melibatkan dua acara berganti-ganti yang sepatutnya disertai Shereen.

Susulan penarikan diri itu, Manshahar mengesahkan hanya Chelsea Cassiopea Evali Bopulas akan menggalas cabaran acara 400m individu memandangkan tiada atlet lain yang didaftarkan mampu menggantikan tempat Shereen pada saat akhir.

“Memang tiada yang dapat menggantikan Shereen sebab kami daftarkan dua orang sahaja (acara 400m). Kalau ada pun (pelari), terlalu jauh daripada kelayakan sepatutnya,” tambahnya.

Bagaimanapun, untuk acara 4x400m wanita dan 4x400m campuran, tempat Shereen akan diisi salah seorang pelari simpanan iaitu Nurin Aira Rusdi atau Shayna Marianne Pereira.

“Shayna dan Nurin adalah simpanan bagi acara berganti-ganti. Kita akan cuba rangka kuartet terbaik bergantung situasi pertandingan. Saya akan berbincang dengan jurulatih yang dipertanggungjawabkan, Hisham Mustaza (Ibrahim),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN