fbpx
WILLIAN Lira (kanan) meraikan jaringannya untuk memastikan keputusan seri 1-1 Selangor FC menentang Dynamic Herb Cebu di Stadium Rizal Memorial, sebentar tadi. - SFC

ACC: Lira selamatkan maruah Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Selangor FC masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) selepas diikat 1-1 oleh kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu di Stadium Rizal Memorial, Manila, sebentar tadi.

Ini adalah keputusan seri ketiga berturut-turut termasuk ketika terikat 3-3 dengan Sabah pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahad lalu sebelum terpaksa akur kemaraan The Rhinos yang menang 5-4 pada penentuan penalti.

Terdahulu, tuan rumah yang memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri berjaya melancarkan serangan merbahaya ke kubu The Red Gaints namun kedua-dua pasukan seakan buntu untuk mencari gol pembukaan sepanjang babak pertama.

Sebaliknya, Dynamic Herb Cebu hanya memerlukan tempoh dua minit selepas aksi bersambung untuk merobek gawang Selangor FC menerusi Abou Sy.

Bagaimanapun, kelebihan itu hanya bertahan tujuh minit, menyaksikan pelawat kembali mengimbangi kedudukan hasil ledakan Willian Lira sekali gus menjadikan perlawanan bertambah menarik.

Walaupun kedua-dua pasukan terus dihidangkan beberapa lagi peluang terbaik, tiada tambahan jaringan berjaya dilakukan untuk berpuas hati dengan satu mata.

Ini adalah mata sulung Dynamic Herb Cebu dalam tiga perlawanan manakala Selangor FC kini sudah pun meraih lima mata. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN