fbpx
GAMBAR 9 April lalu menunjukkan Mesin Basuh Manusia Mirai yang menarik perhatian pengunjung di Ekspo Osaka. – AFP

Mesin basuh manusia mula dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Selepas memukau pengunjung pada Ekspo Dunia, mesin basuh manusia kini dijual di Jepun, kata seorang jurucakap syarikat berkenaan hari ini.

Pengguna cuma perlu berbaring di dalam pod tersebut, menutup penutup dan dibersihkan seperti pakaian dalam mesin basuh  tetapi tanpa ciri putaran, sambil muzik dimainkan.

Prototaip peranti itu  menarik barisan panjang di acara Ekspo Dunia selama enam bulan yang berakhir di Osaka pada Oktober lalu  selepas mengalu-alukan kehadiran lebih 27 juta pengunjung.

Dibuat oleh syarikat Jepun, Science, peranti itu adalah kemas kini produk yang dipamerkan kali terakhir Osaka menjadi tuan rumah acara Ekspo Dunia pada tahun 1970.

“Presiden (syarikat) kami mendapat inspirasi daripada produk yang dipamerkan di Osaka pada 1970. Ketika itu, beliau berumur 10 tahun,” kata jurucakap Science, Sachiko Maekura kepada AFP.

Mesin itu ‘bukan sahaja mencuci badan anda tetapi membersihkan juga jiwa anda.’ tambahnya, kerana ia turut berfungsi memantau degupan jantung dan tanda-tanda vital pengguna yang lain.

Selepas sebuah firma Amerika Syarikat menghubungi Science untuk melihat sama ada prototaip itu akan dikomersialkan, syarikat itu memutuskan untuk menghasilkannya bagi tujuan tersebut.

Sebuah hotel di Osaka membeli mesin pertama dan bersiap sedia untuk menawarkan perkhidmatan tersebut kepada tetamu hotel, kata jurucakap itu.

Pelanggan lain termasuk Yamada Denki iaitu  rangkaian runcit elektronik pengguna utama di Jepun.

Media tempatan melaporkan bahawa mesin basuh manusia itu akan dijual pada harga 60 juta yen (RM1.58 juta). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN