fbpx
Faisal (kanan) berbincang dengan peguam-peguamnya.

Faisal Halim, isteri cerai talak dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sah bercerai dengan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril talak dua.

Peguam Syarie Puteri Ummi Kartini Abd Latiff yang mewakili Faisal berkata, pengesahan itu dibuat Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mohd. Hairuddin Ab. Rahim terhadap lafaz cerai dua kali dibuat anak guamnya pada 11 Jun dan 10 November lalu.

Menurut Puteri Ummi, Faisal atau nama sebenarnya Muhammad Faisal Abdul Halim, 27, itu melafazkan cerai kali pertama lima bulan lalu namun mereka rujuk kembali pada hari sama.

“Bagi lafaz kedua, mahkamah mengarahkan Nur Syazwani Mizuana Shahril selaku defendan beridah selama tiga kali suci.

“Kita akan ke Mahkamah Tinggi untuk merekodkan perkara lain antaranya isu hadanah,” katanya.

Faisal Halim atau lebih dikenali Mickey turut diwakili Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader sementara Nur Syazwani diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie.

Pada 2 September lalu, Nur Syazwani selaku pemohon memfailkan permohonan perceraian bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 iaitu perceraian secara baik.

Namun, 10 hari kemudiannya mereka menyatakan tidak berhasrat untuk meneruskan perceraian dan memilih mahu menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak enam tahun lalu.

Untuk rekod, Faisal Halim berkahwin dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN