fbpx
Pelepasan air di Empangan Jajar, Besut hari ini.

Pelepasan air Empangan Jajar tidak beri impak buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU -Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu memberi jaminan pelepasan air Empangan Jajar, Besut dekat sini hari ini tidak akan memberi impak buruk terhadap penduduk setempat.

Pengarah JPS Terengganu, Ir. Osman Abdullah berkata, pelepasan air di bawah pengoperasian Projek Kawasan Bersepadu Terengganu Utara (Ketara) itu
dilakukan secara berperingkat dan terkawal ekoran cuaca buruk serta peningkatan paras air di hulu Sungai Besut pada masa ini.

“Pelepasan air di Empangan Jajar bermula pagi tadi bagi keempat-empat pintu air, dengan bukaan 40 peratus pada pukul 3 pagi, meningkat kepada 60 peratus (4 pagi) dan 80 peratus (11 pagi).

“Ia dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan penduduk dan kelancaran aliran sungai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Osman berkata, bacaan aras air di Jambatan Jerteh pada waktu meningkat ke tahap waspada iaitu 6.20 meter pada pukul 1 tengah hari dengan aliran tiba di Pengkalan Nangka, Besut pada pukul 4 petang.

Beliau berkata, pelepasan air empangan berkenaan begitupun akan memberi kesan kepada aliran di kawasan hilir.

“Kesan dijangka akan dirasai di beberapa perkampungan di hilir Sungai Besut seperti Kampung Amir, Kampung Nangka, Kampung Lampu dan Kampung Pinang.

“Penduduk setempat dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap laporan cuaca dan arahan pihak berkuasa sepanjang musim tengkujuh sini ,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN