fbpx
Gambar hiasan

[VIDEO] Boleh ambil sofa, makanan hanyut banjir…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Harus hukumnya jika ambil barang yang dihanyutkan air banjir, namun haram jika kita gunakan tanpa minta izin dari tuan empunya.

Berikut penjelasan penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) ketika beliau menjawab persoalan mengenai hukum mengambil barang yang hanyut ketika banjir termasuk sofa, kerusi malah barangan emas yang sering menjadi perdebatan setiap kali musim tengkujuh.

Menurut UAI, hukum mengambil barang hanyut adalah harus, namun haram untuk digunakan atau dimiliki sewenang-wenangnya tanpa usaha memulangkannya kepada pemilik asal.

“Nak ambil boleh… sebab nak selamatkan barang itu. Tapi nak guna haram. Barang tu bukan hak kita. Wajib cuba pulangkan kepada tuannya,” jelasnya dalam sesi soal jawab tersebut.

Beliau menegaskan, barang hanyut dianggap sebagai luqatah (barang hilang) yang wajib disimpan dan diiklankan sehingga pemiliknya dapat dikenal pasti.

“Jika pemilik muncul, barang tersebut mesti dipulangkan.

“Hanya jika pemilik tidak ditemui setelah tempoh yang munasabah, barulah barang itu boleh digunakan dengan syarat diberi nilai sedekah atau diganti,” jelasnya.

UAI turut mengaitkan hukum itu dengan situasi yang sering berlaku di kawasan kampung, seperti buah atau tanaman jiran yang tumbuh atau menjulur masuk ke kawasan rumah sendiri.

“Kalau pokok jiran menjulur buah masuk kawasan kita, ambil boleh… tapi makan tetap haram. Sebab hak buah itu masih milik tuannya,” ujar beliau.- KOSMO! ONLINE

@ustaz.azhar.idrus Ambil Barang Yang Hanyut Ketika Banjir @Ustaz Azhar Idrus Official @UAItube #ustazazharidrus #ustazazharidrusofficial #fyp #uaioriginal #tanyalahustaz #banjir #uai ♬ original sound – Ustaz Azhar Idrus

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI