TAMPIN – Seorang pemandu teksi di Pekan Tampin, di sini, masih menawarkan perkhidmatan kepada penduduk biarpun hanya meraih pendapatan RM300 sebulan. Pemandu teksi yang ingin dikenali sebagai Ali berusia 70-an berkata, hanya terdapat dua pemandu teksi di Pekan Tampin. “Saya pun bertahan sebab kasihan dengan warga emas. Kalau pakai perkhidmatan e-hailing, mereka akan dikenakan kadar bayaran agak tinggi. “Saya hanya caj sekitar RM5 di kawasan berhampiran Pekan Tampin atau taman-taman berdekatan. “Malah, saya akan setia tunggu pelanggan di perhentian bas…














