fbpx
Pelajar UniMAP yang berjaya dibawa pulang dari Hatyai awal pagi tadi.

Semua 25 pelajar UniMAP terkandas di Hatyai berjaya dibawa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Semua 25 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terkandas akibat banjir di Hatyai telah selamat kembali ke Malaysia awal pagi tadi.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Dr. Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, semua 25 individu termasuk seorang pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA) bersama keluarga yang terkandas di Wang Kelian berjaya dibawa pulang dan diberikan penginapan di kampus.

“Pelajar itu dijadualkan berkonvokesyen pada sidang keenam petang ini dan usaha membawa pelajar berkenaan keluar dari kawasan terjejasb berjaya dengan bantuan pihak bomba

“Namun pelajar berkenaan tidak sempat menghadiri sidang konvokesyen pada petang ini dan dijadualkan akan menerima skrol pada satu majlis yang akan diberitahu kelak,” katanya.

Menurut beliau, sebahagian besar pelajar yang terkandas bercuti bersama keluarga sebelum berkonvo dan menaiki bas sewa dari Hatyai sebelum dijemput pihak UniMAP selepas selesai proses imigresen.

“Pelajar tiba sekitar pukul 12.20 tengah malam tadi di Bukit Kayu Hitam selepas urusan imigresen di mana pihak imigresen Thailand sangat membantu.

“Di Thailand, pihak konsulat kita banyak membantu manakala di Wang Kelian, kita mendapat pertolongan daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam dan pihak bomba yang banyak membantu, selain ada penduduk kampung yang memasak untuk pelajar kita,” ujarnya.

Wang Kelian antara kawasan yang terjejas teruk selepas satu-satunya laluan utama terputus hubungan akibat tanah runtuh selain paip air utama dilaporkan rosak akibat bencana.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN