fbpx
Ei Ei Phyu dikesan bagi melengkapkan proses mahkamah membabitkan kes imigresen.

Ei Ei Phyu dicari bagi perbicaraan kes Akta Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) meminta orang ramai menyalurkan maklumat bagi mengesan seorang wanita warga Myanmar yang dikehendaki bagi tujuan perbicaraan kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

JIM dalam kenyataan berkata, wanita itu diperlukan segera bagi melengkapkan proses mahkamah membabitkan kes imigresen.

“Individu berkenaan dikenali sebagai Ei Ei Phyu, 21, dengan alamat terakhir di Taman Sungai Besi, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya di talian 03-8880 1338 pada waktu pejabat atau Bilik Yesterday 2860256 di luar waktu pejabat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI