fbpx
Wan Jamal Abdul Salam (tengah) menunjukkan paket berisi pil kuda, erimin 5 dan ekstasi pada sidang akhbar di Pejabat Penguat Kuasa JKDM Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Bagasi, tong penuh pil khayal RM1.5 juta dalam Toyota Estima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mematahkan cubaan pengedaran pil kuda, erimin 5 termasuk ekstasi bernilai RM1.5 juta yang disumbat di dalam bagasi dan tong selepas memeriksa sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang ditinggalkan di parkir sebuah kondominium di Balakong, Selangor pada bulan lalu.

Serbuan terhadap MPV jenis Toyota Estima itu dijalankan menerusi operasi yang dijalankan bermula 14 hingga 16 Oktober lalu.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pihaknya membuat intipan selama lapan jam sebelum melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut menerusi operasi yang dijalankan bermula 14 hingga 16 Oktober lalu.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut membawa kepada penemuan bagasi dan tong berisi pelbagai jenis pil khayal pil kuda, erimin 5 termasuk ekstasi. Sindiket itu dipercayai menggunakan kenderaan yang tidak berkastam sebagai tempat penyimpanan pelbagai jenis dadah,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Penguat Kuasa JKDM Kota Bharu di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, empat kenderaan jenis Porsche Panamera bernilai RM100,000, Nissan Teana (RM15,000), Toyota Estima (RM80,000) dan sebuah motosikal jenis honda CB400 (RM15,000) dengan cukai berjumlah RM395,910 turut dirampas.

Menurutnya, pihak kastam juga sedang mengesan pemilik kenderaan terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN