fbpx
Azlina bersama Putera Aeiman menunjukkan produk keluaran syarikat.

Putera Aeiman miliki keunikan tersendiri mengemudikan empayar Safiyya Global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Meninggalkan dunia perniagaan selama lebih 14 tahun tidak langsung menghentikan semangat berniaga buat Datuk Azlina Che Abdullah untuk terus memulakan langkah awalnya dalam dunia moden yang lebih terarah kepada digitalisasi.

Wanita ‘berhati besi’ yang pernah gah dalam industri produk penjagaan kecantikan dan kosmetik satu masa dulu, kini lebih memfokuskan kepada pem­belajaran agama, menganjurkan kelas agama selain menjadi perunding jiwa buat wanita yang memerlukan bantuan.

Melalui inisiatifnya, usahawan yang lebih mesra dipanggil Ummi kini mengusahakan sebuah pusat pengajian jiwa yang memfokuskan kepada usaha untuk meningkatkan keyakinan dan kebergantungan kepada Allah agar mereka lebih tenang berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Pusat ilmu itu telah dibangunkan disejak tahun 2016 secara online dan bersemuka bagi membantu ramai wanita.

Selain aktiviti terasnya itu, beliau turut menyusun pelbagai strategi bersama anak bongsunya, Putera Aeiman Stapa, 21, untuk kembali ke pasaran melalui cara, konsep dan pengeluaran produk baharu di pasaran.

Dalam masa yang sama, beliau turut membimbing anaknya itu agar dapat mengambil alih legasi perniagaannya menjadi seorang usahawan berjaya pada masa depan.

Di bawah syarikat baharunya, Putera Aeiman dilantik menjadi Pengarah Safiyya Global yang akan memfokuskan kepada strategi jualan, mengembangkan rangkaian dan memfokuskan usaha meningkatkan kefahaman masyarakat tentang penting­nya penjagaan kesihatan tubuh badan dengan mental sihat.

Meskipun berada di belakang tabir tetapi pengalaman Azlina yang meluas dalam bidang promosi, pengedaran dan pembuatan produk masih cekap lagi ke­ringatnya cukup cergas dengan merangka pelan niaga untuk menghasilkan hasil jualan.

Semangat juangnya nampak jelas untuk membantu membangunkan ekonomi para pengedarnya yang digelar sebagai rakan elit agar semuanya dapat berkongsi rezeki membina hubungan niaga yang lebih erat dan membantu meningkatkan jualan serta pendapatan bulanan mereka.

Syarikat kini menjenamakan produk minuman sebagai Tok Na Cafe yang mana terdapat tiga jenis segmen produk di bawahnya iaitu Tokna Hiqmah Cafe, Tok Na Lasindah Cafe dan Tok Na Cocoa IQ.

Produk tersebut telah berada di pasaran mulai September lalu dan sehingga kini, lebih 1,000 kotak telah habis dijual dan permintaan terus meningkat daripada rakan elitnya di seluruh negara.

“Kami menjangkakan jualan produk ini boleh mencecah sehingga 100,000 kotak pada tahun hadapan kerana strategi pemasaran pintar yang telah dibangunkan oleh Putera Aeiman.

“Cara orang muda menyusun strategi pemasaran membuatkan saya teruja kerana pelannya te­lah menjadi dan berjaya menarik minat pembeli untuk membeli lebih. Lagi banyak produk yang dibeli lagi banyak yang dijimatkan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Azlina menerangkan, berbanding produk kopi pesaing, fokus sasaran penggunanya juga agak berbeza kerana Tokna Cafe bersesuaian untuk wanita yang mengalami masalah tekanan, ‘burn out’, keletihan daripada permasalahan kehidupan.

“Ada wanita sedang menghadapi masalah keletihan mental dan fizikal secara dalaman tetapi tetap menunjukkan mereka adalah seorang yang kuat dan bahagia tetapi segalanya hanya lakonan dan berpura-pura sahaja.

“Jadi dengan sumber bahan semula jadi seperti habbatussauda, goji, susu kambing, garam bukit, capucinno dan mix bijirin kopi yang diproses melalui kajian dan pembangunan yang teliti hampir setahun, maka terhasillah kopi ini,” jelasnya.

Azlina mahu mengubah hidup rakan elit dengan menawarkan komisen yang menarik kepada mereka yang berjaya mencapai KPI yang tinggi.

Beliau menyasarkan jumlah rakan elit yang seramai 200 orang akan bertambah sehingga lebih 50,000 rakan elit tahun depan.

Ditanya mengenai pemilihan kopi yang pastinya akan berdepan dengan persaingan yang sengit, usahawan ini melihat kopi adalah satu produk yang tidak akan luput peranannya di mana sahaja sama ada di rumah, pejabat dan melancong, malah kopi diminum tidak kira waktu setiap masa dan hari.

“Dari sebuah negara kecil sehinggalah ke negara yang moden dan berkuasa, kopi telah menjadi minuman yang boleh dijadikan sebagai keperluan manusia.

“Kopi juga menjadi penghubung jiwa persahabatan, kemesraan dan kekeluargaan,” terangnya.

Selain itu, beliau berharap Putera Aeiman juga dapat mengekalkan pemasaran dan jualan produk kesayangan umminya iaitu DNHANS, AN-NISA dan rangkaian skincare NAUORA.

Ketiga-tiga produk sebelum ini telah beroleh jualan bagi membesarkan anak-anak serta berinfaq.
Lebih menarik Putera Aeiman juga mengusahakan perniagaannya sendiri iaitu Man’s Choco yang memasarkan choco jar ke kedai kedai runcit di kawasan kediamannya.

Usahawan muda yang mahir dalam bidang pemasaran secara online ini telah berjaya merekodkan jualan yang tinggi setiap bulan bagi choco jar tersebut.

“Sudah sampai masanya untuk saya membiarkan dia belajar ‘berenang di lautan’ dalam dunia perniagaan agar dia tidak mudah panik, dapat berfikir secara tenang, belajar agar tidak lemas dan memiliki tahap kesabaran yang tinggi dengan semangat yang kental,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN