fbpx
Gambar hiasan

Polis siasat motif lelaki curi 66 coli, seluar dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Misteri kehilangan pakaian dalam yang menghantui penduduk Taman Mutiara Rini dan Gelang Patah sejak beberapa minggu lalu akhirnya terbongkar apabila polis menahan seorang lelaki yang dipercayai ‘pemburu pakaian dalam’, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kejadian ‘aneh’ itu terbongkar susulan laporan diterima daripada seorang lelaki berusia 50 tahun terkejut mendapati pakaian dalam miliknya dan isteri yang dijemur di rumah hilang secara tiba-tiba pada 13 November lalu.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis melakukan siasatan dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun sekitar pukul 6.30 petang di Gelang Patah, semalam.

“Hasil daripada tangkapan dibuat, polis merampas 52 pasang baju dalam wanita pelbagai jenama, 12 seluar dalam wanita, dua seluar dalam lelaki dan sebatang penyangkut hijau.

“Pakaian itu disyaki hasil kegiatan mencuri di dua kawasan perumahan Mutiara Rini dan Gelang Patah,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumarasan berkata, dengan penahanan lelaki itu, empat kes kecurian pakaian dalam berjaya diselesaikan.

Katanya, suspek kini direman empat hari mulai bermula hari ini sehingga 20 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN