RUANG tamu kediaman pangsapuri di Cyber South, Dengkil, Selangor itu jelas memancarkan suasana hangat dan penuh nostalgia. Dari corak bunga lembut pada kertas dinding hingga kerusi empuk bermotif vintaj yang tersusun rapi, setiap sudut dipenuhi dengan sentuhan klasik. Pencahayaan redup daripada lampu dinding hingga lampu meja mencipta suasana nyaman, menenangkan dan romantik pada ruang tamu kediaman berkenaan. Warna hijau lembut pada dinding bawah pula memberi keseimbangan pada nuansa floral yang dominan di sebelah atas. Sementara karpet bundar bermotif halus melengkapi……















