fbpx
HUSNA berhasrat mencuba dunia lakonan bagi mengembangkan lagi bakatnya.

Abai komen negatif, tumpu perbaiki diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Setiap individu mempunyai perancangan hidup masing-ma­sing. Begitu juga dengan pilihan Pesona Ahad minggu ini, Nurul Husna Yusri Lou, 24, tekad mengorak langkah sebagai generasi muda yang mahukan kebebasan berkarya dan ruang bercerita secara autentik.

Gadis manis berasal dari Ka­ngar, Perlis ini bersedia dengan tekanan dan cabaran algoritma media sosial yang bukan sahaja sekadar memuat naik video, tetapi menjadi figura berpe­ngaruh yang membina komuniti dan membentuk budaya digital.

Dia yang mesra dipanggil Husna berkongsi kepada Kos­mo! Ahad mengenai perjalanan hidupnya.

KOSMO! AHAD: Kongsikan mengenai diri anda?
Saya anak kedua daripada empat beradik dan bekerja sebagai pencipta kandungan. Ramai mengatakan kerjaya ini mesti peramah dan mudah bergaul, tetapi hakikatnya saya seorang yang pemalu dan agak pendiam apabila berdepan dengan orang tidak dikenali.

Apa Husna buat sebelum menjadi pencipta kandungan?
Awalnya, saya bercita-cita untuk menjadi pereka grafik, namun apabila mula bekerja, haluan saya berubah dan lama- kelamaan mula selesa de­ngan bidang ini.

Walaupun tidak pernah terbayang untuk menjadi pencipta kandungan, rezeki datang tanpa diduga apabila saya melepasi sesi uji bakat sebagai bakat sementara untuk produksi konten.

Bagaimana persepsi keluarga dan rakan-rakan terhadap kerjaya ini?
Memang tidak boleh dinafikan, saya risau dengan persepsi orang dan rakan-rakan kerana sifat pemalu saya, terutamanya bila terfikir tentang membuat kandungan.

Namun, selepas berjaya melepasi uji bakat, keluarga saya memberikan sokongan penuh dan positif tanpa membanding-bandingkan antara adik-beradik kerana masing-masing mempu­nyai haluan sendiri.

HUSNA teringin mencuba dunia lakonan jika diberi peluang.

Pengalaman pahit sepanjang hidup?
Kadang-kadang memang terasa sedih apabila membaca komen negatif daripada netizen, tetapi saya cuba sedapkan hati dan memilih untuk te­rus berusaha dengan lebih baik.

Bagi saya, ini memang lumrah kepada sesiapa yang semakin dikenali, semakin ramai akan mengecam.

Bagaimana kerjaya sebagai pencipta kandungan?
Sejujurnya, sepanjang tempoh pengajian, saya agak sibuk untuk membahagikan masa bagi menghasilkan kandungan di media sosial.

Kadang-kadang saya terpaksa berjaga hingga lewat malam dan mengorbankan hujung minggu semata-mata untuk menyiapkan kandungan tersebut.

Siapa sumber kekuatan Husna?
Bagi saya, ibu adalah peminat nombor satu sejak saya bergelar pencipta kandungan.

Saya selalu mengadu kepada ibu tentang komen-komen negatif yang saya terima, tetapi ibu tetap memberi sokongan dan semangat untuk saya terus berusaha memperbaiki diri.

Kehadiran ibu, keluarga dan rakan-rakan sekeliling bermakna untuk saya.

Apa perancangan selain pencipta kandungan?
Saya teringin mencuba dunia lakonan. Sebelum ini, saya pernah mencuba berlakon sebagai wanita yang tersakiti.

Bagi saya, genre itu paling dekat dengan diri saya kerana saya kurang berminat dengan genre seram. Saya lebih suka watak yang penuh dengan emosi dan cerita dekat dengan realiti.

Siapa pelakon idaman sekiranya berpeluang bekerjasama?
Jika berpeluang, saya ingin berlakon bersama Nadhir Nasar. Walaupun dia fokus sebagai pengarah sekarang, saya berharap ada kesempatan untuk bekerjasama dengannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN