fbpx
INDIVIDU yang gagal melunaskan pinjaman akan ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja ugutan termasuk mengutip hutang daripada pihak lain.

Gagal bayar hutang, jadi ‘hamba’ along ugut orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Mana-mana peminjam yang gagal melunaskan pinjaman mengikut tempoh ditetapkan akan ditawarkan menjadi ‘orang suruhan’ along sebagai cagaran untuk menyelesaikan hutang mereka.

Ketua Perunding Unit Banteras Ahlong, Pusat Pengajian al-Quran dan Fardhu Ain DM, Adam Mustapa berkata, tawaran itu bia­sanya dibuat along kepada peminjam yang membuat pinjaman rendah di bawah RM1,000.

“Kalau pinjaman kecil, bia­sanya along akan sasar mereka untuk jadi ‘barua’ bagi melakukan kerja-kerja ugutan jika gagal membayar hutang.

“Sebagai contoh, mangsa meminjam RM300, tetapi dia hanya akan dapat RM150 sahaja. Dalam tempoh empat hari jika gagal bayar, faedahnya mampu mencecah RM5,000.

“Jadi, along akan buat tawaran contohnya bagi mangsa RM3,000 yang mana RM1,500 untuk bayar hutang, RM1,500 lagi untuk upah jadi ‘barua’,” katanya kepada Kos­mo!.

Adam berkata, upah membuat ugutan kepada mangsa lain seperti membaling cat dan melemparkan bom buatan sendiri biasanya bernilai RM150 untuk satu-satu tugas.

“Memandangkan mangsa diberikan RM1,500, jadi dia perlu selesaikan tugasan ugutan itu sebanyak 10 kali bagi melunaskan hutangnya dengan along terlibat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tawaran itu tidak diberikan kepada golongan T20 dan kumpulan profesional berikutan pinjaman dibuat mereka lebih tinggi.

“Biasanya untuk kumpulan ini, along akan kerah dan ugut mereka untuk membuat bayaran menggunakan pelbagai kaedah termasuk memalukan peminjam di media sosial.

“Memandangkan mereka ada status sosial yang perlu dijaga, bia­sanya bayaran hutang itu akan dilunaskan walaupun faedahnya tinggi dan membebankan peminjam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN