fbpx
GAMBAR menunjukkan kem pelarian Palestin di Bandar Gaza semalam. – AFP 

Amerika mahu pisahkan Gaza kepada zon hijau, merah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) merancang untuk membahagikan wilayah Semenanjung Gaza kepada ‘zon hijau’  yang dikawal tentera Israel dan pasukan antarabangsa di mana pembinaan semula akan dilakukan, manakala ‘zon merah’  akan dibiarkan musnah, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Tentera asing akan ditempatkan bersama tentera Israel di timur Gaza yang kini dipisahkan oleh ‘garisan kuning’, merujuk kepada kawasan yang dikawal Israel sekarang, demikian menurut dokumen perancangan tentera AS yang dilihat oleh The Guardian.

Rancangan tentera AS itu menimbulkan persoalan serius mengenai komitmen Washington untuk mengubah gencatan senjata bulan lalu menjadi penyelesaian politik berkekalan dengan pemerintahan Palestin di seluruh Gaza seperti dijanjikan oleh Presiden Donald Trump.

Pelan untuk masa depan Gaza itu berubah dengan pantas, mencerminkan pendekatan huru-hara dalam menyelesaikan konflik paling rumit dan sukar diselesaikan di dunia itu termasuk menyediakan bantuan termasuk makanan dan tempat tinggal kepada 2 juta penduduk Palestin.

AS sebelum ini mempromosikan pembinaan semula dalam bentuk kem berpagar untuk kumpulan kecil rakyat Palestin  yang dirujuk sebagai ‘komuniti selamat alternatif (ASC)’, namun rancangan tersebut digugurkan pada minggu ini.

“Itu adalah gambaran konsep yang telah dikemukakan pada waktu tertentu. Mereka (Washington) sudah beralih daripada konsep itu,” kata seorang pegawai AS.

Organisasi kemanusiaan yang berulang kali menyuarakan kebimbangan besar mengenai model ASC berkata kelmarin  bahawa mereka masih belum dimaklumkan mengenai perubahan rancangan itu.

Tanpa rancangan yang boleh dilaksanakan untuk pasukan pengaman antarabangsa, pengunduran tentera Israel  dan pembinaan semula berskala besar Gaza berisiko terkandas dalam keadaan tidak menentu selepas dua tahun perang yang dahsyat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN