SETIU – Kegembiraan lima sahabat yang juga pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Nerus berkelah bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut akibat lemas di Desa Warisan, Pelong di sini hari ini.
Dua pelajar lelaki berusia 19 tahun tersebut ditemukan lemas pada pukul 12.46 tengah hari.
Difahamkan, kedua-dua mangsa termasuk tiga rakan mereka berkelah di Sungai Pelong yang terdapat di dalam kawasan perkelahan, Desa Warisan terbabit.
Salah seorang mangsa yang duduk di batuan yang terdapat di tebing sungai dikatakan tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai sebelum dua rakannya terjun untuk membantu.
Bagaimanapun, dua daripada mereka lemas sebelum tenggelam ke dalam dasar sungai, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan pengunjung lain. – KOSMO! ONLINE















