fbpx
Ahmad Samsuri (tengah) pada Sidang DUN Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

Penjawat awam Terengganu terima bonus RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan pemberian bonus khas RM500 kepada penjawat awam negeri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, biarpun pada mulanya tidak dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan Terengganu 2026 pada Isnin lalu, pemberian bonus tersebut diputuskan selepas mengambil kira komitmen serta sumbangan penjawat awam negeri berkenaan.

“Saya sudah beritahu kepada Pegawai Kewangan Negeri (Datuk Mohd. Azmi Mohamad Daham) tidak akan sebut bonus (penjawat awam Terengganu dalam pembentangan bajet tetapi semasa penggulungan.

“Ada yang tidak sabar menunggu pengumuman ini tapi saya percaya yang tidak sabar itu bukan kakitangan awam Terengganu pun,” katanya sewaktu sesi penggulungan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, seramai lebih 14,000 penjawat awam Terengganu akan menerima manfaat pemberian bonus khas RM500 tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI