fbpx
Hantaran terbaharu di Instagram Faisal Halim semalam.

Giliran hantaran IG Faisal Halim jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas hantaran Instagram (IG) Stories isterinya sebelum ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, kini giliran pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim pula menarik perhatian dengan perkongsian terbaharunya di laman sosial.

Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey itu memuat naik gambarnya dengan warna hitam putih di IG tanpa sebarang kapsyen semalam telah dianggap memberi makna tersirat.

Ramai netizen mengaitkannya dengan isu rumah tangga pemain sayap Selangor FC itu yang sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial.

Bagaimanapun, ada juga yang membuat spekulasi mengenai Faisal Halim bakal meninggalkan dunia bola sepak.

Terdahulu, isterinya, Nur Syazwani Mizuana memuat naik beberapa IG Stories dengan memulakan hantaran ‘perkahwinan bukan satu perjudian’, disusuli perkongsian kedua iaitu ‘wanna play the game? Lets play, patut lah layan aku macam sampah’.

Nur Syazwani seolah-olah memberi bayangan wujud masalah peribadi, sebelum memadam hantaran tersebut tidak lama selepas itu.

Ruangan komen di media sosial Faisal kini dibanjiri pelbagai reaksi daripada peminat dan ada yang menzahirkan doa agar pemain kebangsaan itu tabah menghadapi dugaan, manakala sebahagian lagi menasihati supaya tidak mencampur urusan peribadi dengan hal profesional.

“Semoga dipermudahkan urusan Mickey, kami di belakang awak,” kata Fahrin Ramli.

“Semoga urusan luar bola Mickey dipermudahkan,” kata Ridhwanovic.

“Hal rumah tangga? Atau Mickey bakal tinggalkan dunia bola sepak? Apa-apa pun, moga yang baik-baik untuk Faisal Halim. Orang hebat sentiasa diuji,” komen Shahrul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI