fbpx
SEORANG pemandu tren tertidur ketika bertugas. - Foto Reddit

Tiada yang sedar pemandu kereta api tertidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Satu rakaman video menunjukkan sebuah kereta api di California, Amerika Syarikat (AS) bergerak dalam keadaan tidak terkawal ketika pemandunya tertidur akibat keletihan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kejadian berlaku pada 24 September lalu apabila seorang pemandu Agensi Pengangkutan Perbandaran San Francisco (SFMTA) didakwa tertidur semasa memandu kereta api yang sarat  penumpang melalui Terowong Sunset di bandar tersebut.

Rakaman video pengawasan memaparkan kepala pemandu wanita itu tertunduk kira-kira satu minit setengah selepas perjalanan bermula sambil matanya sesekali berkedip ketika dia berusaha untuk kekal berjaga.

Dia sesekali dilihat duduk tegak dan memandang sekeliling sebelum tunduk semula, dengan matanya hampir tertutup.

Beberapa saat kemudian, kereta api itu meluncur laju sehingga kira-kira 80 kilometer sejam ketika melintasi terowong, dengan penumpang sama sekali tidak menyedari apa yang sedang berlaku di tempat duduk pemandu.

Apabila tren itu keluar dari terowong, ia tersentak dengan kuat, menyebabkan penumpang saling berlanggar di dalam gerabak.

Pemandu itu akhirnya tersedar dan berjaya mengawal semula tren serta sempat mengelak daripada berlanggar dengan sebuah kenderaan.

Pihak SFMTA kemudian mengesahkan bahawa punca insiden itu adalah keletihan, manakala pekerja tersebut diletakkan dalam status tidak memandu buat sementara waktu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN