Di sebalik wajah-wajah muda yang masih berpakaian seragam sekolah, tersimpan semangat besar untuk menyelamatkan Bumi. Empat pelajar berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Kedah itu mungkin kelihatan seperti remaja biasa, bergelak tawa di kantin, sibuk menyiapkan tugasan sekolah, namun idea mereka tentang kelestarian alam sekitar telah membawa nama sekolah ke pentas kebangsaan apabila dinobat juara pertandingan kelestarian alam Toyota Eco Youth (TEY) 2025 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Dengan kemenangan itu mereka membawa pulang hadiah……














