KUALA LUMPUR – Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) bakal menerima lapan helikopter yang dijangka tiba secara berperingkat bermula Ogos 2027.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman berkata, ia membabitkan sebanyak empat pesawat AW 149 yang merupakan sewaan pajakan kerajaan bagi tempoh 15 tahun.
“PUTD juga bakal menerima empat buah lagi helikopter kombat utiliti secara sewaan selama lima tahun melalui kaedah tender terbuka.
“Ia (akan ditender semula) disebabkan kontrak sewaan sebelum ini terbatal melibatkan pesawat (Black Hawk),” katanya pada sidang akhbar Perbarisan Hari Tentera Darat ke-93 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, Tentera Darat (TDM) juga sedang melaksanakan perolehan Meriam 155mm Self-Propelled Howitzer (SPH) bagi meningkatkan keupayaan tembakan domain daratan yang dijangka memasuki perkhidmatan tahun depan. – KOSMO! ONLINE














