fbpx
Tangkap layar hantaran di Instagram oleh @jeanniesoo7687 memaparkan wang simpanan anaknya di dalam beg sekolah.

[VIDEO] RM15 sehari, anak lelaki simpan RM767 tanpa diketahui ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ibu terkejut apabila menemui ‘peti simpanan’ anak lelakinya di dalam beg sekolah mencuri tumpuan pengguna media sosial.

Menerusi hantaran video di Instagram oleh @jeanniesoo7687, wanita itu memaparkan wang simpanan anaknya yang berjaya dikumpul dan diletakkan di dalam beg sekolah tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, wang saku yang diberikan sehari sebanyak RM15 dan anaknya telah berjaya menyimpan sebanyak RM767.

“Kotak simpanan anak lelaki saya. Duit poket sehari RM15, dia boleh kumpul banyak simpanan dalam setahun. Dia bawa RM767 ke sekolah setiap hari,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian video tersebut mendapat pujian ramai di media sosial yang memuji kebijaksanaan anaknya mengurus wang sendiri dan menekankan pentingnya menabung sejak muda.

“Anak awak ada lagi banyak duit dari saya,” kata @whelanchoyofficial

“Duit dia dalam beg lagi banyak daripada duit orang dewasa dekat dalam akaun bank,” komen Rianne Wong.

Jadi, ibu tak payah risau dengan masa depan anak. Anak dah kaya sejak dari muda,” kata V. Yoong. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jeannie Soo👠 (@jeanniesoo7687)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN