fbpx
BARISAN pemain skuad remaja negara menunjukkan trofi sebagai pemenang tempat kedua acara triples campuran.

Skuad petanque optimis ke Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PRESTASI mantap dipamerkan pada Kejohanan Petanque Asia 2025 di Arena Petanque Kuala Lumpur minggu lalu memberi keyakinan buat skuad negara menjelang temasya Sukan SEA Thailand 2025 bulan depan.

Pada kejohanan yang mempertaruhkan acara shooting dan triples itu, Malaysia berjaya meraih tiga pingat perak dan tiga gangsa, sekali gus dianggap pencapaian memberangsangkan.

Bagi edisi kali ini, sebahagian besar pingat disumbangkan barisan pelapis negara dan ia menjadi bukti program pembangunan sukan petanque di Malaysia berada pada landasan tepat.

Ketua jurulatih skuad negara, Nasir Mohd. Noor berkata, keputusan diraih pada kejohanan yang sudah memasuki edisi keenam itu mampu menjadi suntikan semangat buat atlet-atlet negara menjelang Sukan SEA nanti.

“Kita dianggap underdog dalam shooting tetapi barisan atlet menunjukkan semangat luar biasa. Kami akan terus melakukan persiapan dan merapatkan jurang dengan Thailand dan Vietnam,” katanya.

Pada kejohanan itu, trio muda, Mohd. Muqri Arif Mohd. Sapiny, Muhd. Idham Shahrulzahari dan Khairul Amirul Zamrul Hisyam meraih gangsa triples selain skuad remaja menyumbang perak triples campuran.

Acara shooting turut menghadirkan dua pingat perak menerusi Nur Iman Aina Ahmad Sabti dan Muhd. Harith Muhaimin Hafaizul, manakala atlet senior, Muhammad Nuzul Azwan Ahmad Temizi meraih gangsa.

Sementara itu, Nuzul Azwan yang turut memainkan peranan sebagai jurulatih skuad remaja menyuarakan keyakinan jurang antara pasukan-pasukan terbaik Asia sudah semakin mengecil ditambah pula pendedahan antarabangsa kepada pemain-pemain muda.

Sebagai rekod, Thailand muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Asia itu selepas meraih tiga pingat emas dan tiga gangsa, diikuti Kemboja, Indonesia dan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN