fbpx
Gambar hiasan

Ringgit wang berprestasi terbaik di rantau Asia – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit yang terus mengukuh kepada RM4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ukuran tersebut bukan ditentukan oleh kerajaan, tetapi oleh badan penarafan kredit.

“S&P Global Ratings dan Moody’s Rating mengekalkan pernafasan kredit negara masing-masing A- dan A3,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) bagaimana kerajaan mengukur keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi Madani selepas tempoh 18 hingga 24 bulan.

Terdahulu, Anwar membidas pembangkang kerana bertubi-tubi menyerang kerajaan dalam isu ringgit sebelum ini.

Menurut beliau, pembangkang ketika tu mendakwa nilai ringgit jatuh, tetapi kini ringgit telah kembali mengukuh.

“Sekarang bila ringgit mengukuh tak sebut sepatah pun. Ini masalah dia sekarang ini, hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN