KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski membuat kejutan dengan memanggil semula khidmat penyerang Negeri Sembilan FC (NSFC), Luqman Hakim Shamsuddin bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain naturalisasi, Jordan Mintan.
Menerus kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia NT hari ini, Mintah terpaksa digugurkan daripada skuad Harimau Malaya selepas mengalami masalah kesihatan sekali gus terlepas aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Selasa depan.
“Kemaskini skuad, Luqman Hakim Shamsuddin dipanggil menyertai kem latihan berpusat menggantikan Jordan Mintah yang terpaksa meninggalkan kem atas faktor kesihatan. Selamat datang, Luqman,” menurut kenyataan rasmi daripada Malaysia NT.
Sebagai rekod rekod, Luqman yang berusia 23 tahun sudah melakukan sembilan penampilan bersama Harimau Malaya tetapi panggilan terakhirnya untuk pasukan kebangsaan adalah pada 2022.
Bekas penyerang KV Kortrijk itu mula menemui sentuhan penyudah selepas meledak dua gol ketika NSFC menewaskan Timor Liste pada aksi persahabatan, Ahad lalu selepas bergelut dengan kecederaan pada awal musim ini. – KOSMO! ONLINE














