fbpx
Namewee

Kematian pempengaruh Taiwan: Namewee dipercayai ada ‘hubungan istimewa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pengarah dan penyanyi kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee dipercayai mempunyai ‘hubungan istimewa’ dengan pempengaruh wanita warga Taiwan yang ditemui mati di sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, berdasarkan sisatan yang dijalankan oleh pihaknya mendapati suspek difahamkan telah bersama mangsa sejak dari luar negara sehingga kedua-dua mereka berada di negara ini.

“Setakat ini, siasatan mendapati suspek memang mempunyai ‘hubungan istimewa’ dengan mangsa.
“Kita (polis) juga sehingga kini telah merakam keterangan semua individu yang terlibat dalam kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, perkembangan kes berkenaan setakat ini adalah positif dan pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta laporan toksikologi mangsa.

“Laporan penuh bedah siasat dan laporan toksikologi mangsa dijangka mengambil sedikit masa,” ujarnya.

Fadil memaklumkan, mayat mangsa sehingga kini masih belum dituntut oleh keluarga.

“Sisatan awal pihak polis mendapati mangsa merupakan daripada keluarga yang daif di negaranya. Terdapat individu yang cuba menuntut (mayat), namun kita tidak benarkan.

“Pihak polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keluarga mangsa untuk tampil membantu siasatan,” jelasnya.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan pihaknya akan kemukakan cadangan pertuduhan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat sebaik kertas siasatan lengkap.

Semalam, Kosmo! melaporkan, reman terhadap Namewee, dilanjutkan selama tiga hari mulai hari ini hingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Namewee direman enam hari sehingga semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kes siasatan itu susulan kematian seorang pempengaruh wanita Taiwan berusia 31 tahun yang ditemukan tidak bernyawa di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN