fbpx
Kerja-kerja pembaikan permukaan jalan telah dilaksanakan serta siap pada pukul 6 petang.

Laluan Jalan Bonus di Masjid India dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Laluan di Jalan Bonus, Masjid India yang ditutup pagi tadi susulan insiden mendapan permukaan jalan, telah dibuka semula kepada pengguna selepas kerja-kerja pembaikan berjaya disiapkan petang ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, hasil siasatan awal mendapati mendapan itu berlaku secara setempat, dipercayai berpunca daripada gangguan kestabilan struktur turapan di lokasi berkenaan.

“Kerja-kerja pembaikan permukaan jalan telah dilaksanakan serta siap pada pukul 6 petang. Sehubungan itu, Jalan Masjid India yang ditutup sebagai langkah keselamatan telah dibuka semula kepada orang awam,” kata kenyataan itu.

DBKL berkata, aspek keselamatan orang ramai menjadi keutamaan pihaknya dan pemantauan rapi akan diteruskan.

“DBKL akan melaksanakan pemeriksaan dan pengimbasan lanjut di lokasi serta kawasan sekitarnya bagi memastikan tiada risiko susulan,” katanya.

DBKL turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama dan pematuhan terhadap arahan keselamatan sepanjang kerja pemulihan dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN