fbpx
MOHAMAD FAZLI meninjau operasi pengagihan bekalan air bersih di Taman Impian Emas, Johor Bahru hari ini

Pencemaran Sungai Johor: Rebat bil air untuk pengguna terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor bakal menawarkan rebat bil air kepada lebih 292,000 akaun pengguna yang terjejas berikutan insiden pencemaran di Sungai Johor baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pihaknya sedang memperhalusi perkara itu sebagai langkah untuk membantu rakyat yang terpaksa berdepan gangguan tersebut selama beberapa hari.

“Nantikan pengumuman kerajaan negeri. Akan dipertimbangkan,” katanya pada sidang akhbar di Taman Impian Emas, di sini hari ini.

Pada 26 Mei lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan 155,074 akaun pengguna yang terkesan krisis air menerima rebat 15 peratus bagi bil bulan berkenaan.

Krisis itu berpunca akibat kerosakan luar jangka pam utama ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor hingga menjejaskan lebih 100,000 akaun di Johor Bahru.

Mengulas lanjut, katanya, pencemaran Sungai Johor menyebabkan hampir 1.2 juta isi rumah di Johor Bahru, Kota Tinggi, Gelang Patah, Kulai dan Pontian berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih.

“Setakat pukul 3 petang ini, 99 peratus pemegang akaun sudah kembali menerima bekalan air. Gangguan berlaku kerana tekanan air rendah dan proses memenuhkan tangki utama di Taman Impian Emas masih berjalan,” katanya.

Beliau menjangkakan masalah bekalan air sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam ini. Bagi memastikan bekalan kecemasan diterima, sebanyak 43 lori tangki Ranhill SAJ dikerahkan selain bantuan tambahan daripada Syarikat Air Melaka dan Syarikat Air Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI