PENSOL mungkin kelihatan seperti sebatang buluh kecil, namun alat muzik tradisional Orang Asli itu mempunyai keunikan tersendiri. Tidak seperti seruling biasa yang ditiup menggunakan mulut, pensol pula menggunakan angin hidung untuk menghasilkan bunyi lembut mendayu. Dalam kepercayaan masyarakat Orang Asli, tiupan pensol bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi lambang ketenangan dan keharmonian dengan alam. Dahulunya, alat itu sering dimainkan dalam upacara adat, majlis perkahwinan, selain untuk menarik perhatian dan memikat hati. Bagi Roas Noah Zachery, 21, pensol bukan sekadar alat muzik……














