GAMBAR HIASAN

Luahan pembaca: Benarkah ada stesen tipu RON95?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Sebulan lamanya pihak berkuasa memantau isu berkaitan Budi95. Isu yang berlegar ketika ini ialah mengenai pengguna menerima RON95 dengan kuantiti dan kualiti diragui selepas membelinya di stesen minyak.

Setakat kelmarin, bukan satu tetapi enam aduan yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai hal itu.

Pihak berkuasa perlu menyelesaikan dengan segera isu itu supaya ia tidak menjadi modal politik sesetengah pihak terhadap usaha baik yang dijalankan kerajaan.

Umum mengetahui ia dilakukan bagi mengekang ketirisan dan memaksa orang luar yang menggunakan nombor pendaftaran asing membeli RON95 pada harga lebih mahal.

Jangan jadi seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sebelum ini. Ia terkubur di tengah jalan dan mendapat kritikan pelbagai pihak ekoran kegagalan penyaluran maklumat yang tepat dan tuntas.

Subsidi bersasar ke atas RON95 dilihat cukup berkesan apabila rakyat dapat berjimat RM800 juta sebulan melalui kuota 300 liter pada harga RM1.99.

Lindungi hak pengguna dan kenakan hukuman tegas serta berat kepada mereka yang mengambil kesempatan.

Pengguna RON95
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN