TAHUN 2025 menyaksikan satu lagi langkah besar Chery Malaysia ke arah elektrifikasi automotif menerusi pelancaran Chery Tiggo 7 plug-in-hibrid (PHEV) pada awal Oktober lalu. Kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam segmen C itu dilengkapi dengan teknologi Chery Super Hybrid (CSH) yang menawarkan gabungan kecekapan, prestasi serta ciri keselamatan yang lebih menyeluruh. Tiggo 7 baharu bukan sekadar membawa reka bentuk moden dan gaya premium tetapi dengan teknologi PHEV yang mampu menandingi jenama automotif pesaing dari Jepun dan Eropah. Dihasilkan berasaskan DNA kejuruteraan……














