fbpx
Gambar hiasan. - Shutterstock

Turun berat 50 kilogram, dapat hadiah Porsche

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sebuah gimnasium di China mengundang perhatian ramai apabila menawarkan ganjaran berupa sebuah kereta jenama Porsche kepada pelanggan yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50 kilogram dalam tempoh tiga bulan, lapor portal berita Livemint. 

Pusat kecergasan itu terletak di Binzhou, wilayah Shandong. 

Peserta perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak 10,000 yuan (RM6,000) yang merangkumi makanan dan penginapan untuk menyertai program itu. 

Jurulatih kecergasan dikenali sebagai Wang berkata, hampir 10 daripada 30 peserta telah mendaftar dalam program tersebut. 

“Ini adalah pertandingan yang mencabar,” kata Wang sambil menambah, gimnasium itu akan menyediakan latihan profesional dan bimbingan pengambilan makanan untuk membantu peserta menurunkan berat dengan selamat. 

Tambah Wang, Porsche yang dijanjikan bukan baharu tetapi model lama yang dimilikinya. Ia bernilai kira-kira 610,000 yuan (RM360,300) dalam pasaran. 

Pakar kesihatan memberi amaran bahawa penurunan berat badan secara mendadak boleh membawa risiko kesihatan yang serius. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI