fbpx
Ismanira tiba di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan tiba di mahkamah dengar keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, tiba di Mahkamah Sesyen di sini.

Hari ini adalah prosiding bagi pendengaran keputusan sama ada wanita itu disabitkan atau dibebaskan atas pertuduhan mengabaikan anaknya dua tahun lalu.

Ismanira, 30, kelihatan tenang ketika tiba sekitar pukul 8.30 pagi ditemani suaminya, Zaim Ikhwan dan beberapa ahli keluarga masuk ke mahkamah pada pukul 8.45 pagi tadi.

Dijangka prosiding akan bermula kira-kira pujuk 9.30 pagi yang mana Hakim Dr. Syahliza Warnoh akan menyampaikan keputusan di akhir kes pembelaan.

Terdahulu, mahkamah pada 21 Julai lalu memerintahkan Ismanira membela diri manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya Zayn Rayyan yang berusia enam tahun ketika kejadian, didakwa mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berdekatan antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI