fbpx
VINICIUS

Real tidak cadang hukum Vinicius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Real Madrid dikatakan tidak akan mengenakan denda atau menggantung Vinicius Junior terhadap reaksi negatif bintang Brazil itu selepas digantikan pada aksi El Clasico menentang Barcelona di Santiago Bernabeu baru-baru ini.

Vinicius, 25, kelihatan berang dengan keputusan pengendali Real, Xabi Alonso mengeluarkannya dan digantikan Rodrygo pada pertengahan babak kedua dalam kemenangan 2-1 ke atas Barcelona.

Pemain sayap lincah itu kemudiannya terlibat dalam pergaduhan dengan pemain-pemain Barcelona terutamanya Lamine Yamal dan Raphinha selepas tamat perlawanan menyebabkan dia dilayangkan kad kuning.

Kelakuan dan kenyataan Vinicius yang mengakui tidak gembira dengan situasi itu secara tidak langsung menguatkan spekulasi bahawa Real bersedia untuk menjualnya selepas ini.

“El Clasico memang seperti ini kerana banyak perkara berlaku dalam dan luar padang. Jujurnya saya tidak mahu menyinggung sesiapa sama ada pemain Barcelona ataupun penyokong,” kata Vinicius.

Bekas pemain tengah Real, Toni Kroos turut mempertahankan tindakan Vinicius yang sememangnya berhak meluahkan kekecewaannya selepas beraksi cemerlang menentang Barcelona sebelum dia dikeluarkan atas sebab taktikal.

“Apabila anda bermain dengan sangat bagus terutamanya El Clasico, sudah tentu anda tidak gembira. Saya sendiri tidak mahu berada dalam situasi seperti ini dan anda tidak boleh menilai semuanya dari luaran sahaja.

“Beraksi di hadapan 80,000 penonton ketika keadaan 2-1 memihak anda, sudah tentu anda akan dipengaruhi emosi. Mungkin dia (Vinicius) sepatutnya boleh bertindak lebih baik tetapi saya amat memahami perasaannya,” jelas Kroos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI