fbpx
Muhammad Suhaiil (tengah) dan Muhammad U'rwah (kanan) ketika tiba di Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini.

Dua anak Nasiruddin dituduh kurung lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Dua anak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas tuduhan mengurung seorang lelaki pada lima tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Suhaiil, 42, dan Muhammad U’rwah, 33, melakukan perbuatan itu secara bersama pada November 2020 hingga Disember 2020 di asrama pekerja Pasar Raya Ikhwan Manjung, No. 98, Tingkat Atas, Pusat Bandar Seri Manjung di sini.

Mereka bagi mencapai niat bersama, secara salah telah mengurung Muhammad Ikhlas Asy Syuhaimi Ismail, 35, selama sebulan di lokasi berkenaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 344 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, dengan hukumannya ialah penjara sehingga tiga tahun dan denda.

Kedua-duanya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mengaku tidak bersalah.

Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid menetapkan jaminan RM3,000 seorang dengan penjamin. Mereka membayar jaminan tersebut.

Sebutan semua kes tersebut ditetapkan pada 17 Disember hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI