fbpx
Anwar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur - Foto IHSAN SEKRETARIAT ASEAN

ASEAN perlu sabar, tenang hadap pergolakan geopolitik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kekuatan ASEAN bukan terletak pada kuasa atau kekayaan, tetapi pada keteguhan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran geopolitik dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dengan memetik tokoh sastera terkenal, William Shakespeare.

“Dalam dunia hari ini, ketika keteguhan menjadi nilai yang kian jarang, Shakespeare mengingatkan kita agar tidak menjadi hamba kepada nafsu dan menasihati supaya kita dipandu oleh akal,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hari ini. Pesanan itu menggambarkan ASEAN perlu kekal tenang selain berpaksikan kebijaksanaan sekiranya mahu terus bertahan di tengah pergolakan politik dan ekonomi dunia.

“Itulah jalan ASEAN jika kita mahu terus bertahan. Kita menghidupkan semula dialog, membina jambatan baharu dan membuktikan bahawa misi ASEAN masih relevan,” ujarnya.

Anwar turut menegaskan, meskipun pelbagai krisis masih wujud, semangat tidak berputus asa dan tindakan berani setiap negara anggota akan terus membawa rantau ini lebih dekat kepada harapan dan keadilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI