JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila mendakwa bahawa suaminya menggunakan wang berjumlah ratusan juta rupiah milik ibu bapanya untuk berfoya-foya dengan wanita lain, lapor portal berita Suara.
Perkara itu dikongsikan oleh wanita bernama Audila Puteri Sahara di platform Instagram.
Menurut Audila, suaminya yang dikenali sebagai Bima tidak pernah memberikan nafkah, sebaliknya hanya bergantung kepada wang milik ibu bapanya.
“Jumlah wang yang dihabiskan mencecah 230 juta rupiah (RM58,471). Bimba menggunakan wang itu untuk berseronok dengan wanita lain.
“Ibu bapa saya pernah membantu melangsaikan hutang Bima yang berjumlah 90 juta rupiah (RM22,880) dan memberikan modal 105 juta rupiah (RM26,700) untuk perniagaannya,” tulis Audila.
Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.
“Lelaki tidak tahu malu,” kata seorang netizen. – AGENSI














