fbpx
Mohd. Bukhori (kiri) meninjau paras Sungai Kedah di Kanchut, Alor Setar hari ini.

10 PPS ditutup, tiga mukim Kota Setar pula berisiko banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sebanyak 10 daripada 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini ditutup hari ini ekoran keadaan banjir yang semakin pulih.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Bukhori Mat Sidik berkata, setakat ini sembilan PPS masih beroperasi dengan lima di Kulim, masing-masing satu di Pokok Sena, Pendang, Padang Terap dan Kubang Pasu.

“Alhamdulillah, keadaan semakin baik. Jika tiada hujan dalam tempoh terdekat, kemungkinan besar beberapa PPS lagi akan ditutup esok. Setakat ini hanya sembilan PPS masih beroperasi,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Sungai Kedah di Kanchut, di sini hari ini. Dalam pada itu kata beliau, tiga mukim di daerah ini bagaimana berisiko dilanda banjir ekoran trend peningkatan Sungai Kedah di sini sejak beberapa hari lepas sekali gus meningkatkan risiko banjir di beberapa kawasan.

“Tiga mukim dijangka terjejas ialah Langgar di Kampung Inggeris, Anak Bukit (Alor Gunung, Alor Madi, Kampung Alor Senjaya, Kampung Seberang Chegar dan Pantai Johor). Di Titi Gajah pula, Kampung Alor Perang, Bohor dan Titi Gajah,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI